Friday, October 22, 2010

Sambutan Majlis Hari Keluarga 2010

SK ULU MUANAD akan mengadakan Hari Keluarga 2010..
Pelbagai aktiviti yang akan diadakan untuk merapatkan hubungan di antara warga guru sk ulu muanad dengan ibu bapa pelajar.

Majlis tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 23 Oktober 2010 (Sabtu)
Masa : 7.00 pagi
Tempat: SK ULU MUANAD

Ibu Bapa Di Jemput Hadir untuk memeriahkan lagi majlis tersebut..

Sunday, September 19, 2010

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR

Selamat menduduki peperiksaan UPSR bagi murid - murid sk ulu muanad..semoga akan memperolehi keputusan yang cemerlang.... Gunakan segala ilmu yang telah dicurahakn oleh guru- guru dengan sepenuhnya untuk menjawab peperiksaan UPSR. BEST OF LUCK!!!!!!!!! PASTIKAN KAMU BERJAYA MENDAPAT 5A...........

Tuesday, August 31, 2010

SOLAT HAJAT DI SKUM

Assalamualikum,

Kepada para bapa-bapa bagi pelajar yang mengambil UPSR 2010 ini di jemput agar dapat ke sekolah Ulu Muanad untuk bersama-sama ;
* Solat Hajat
* Bertempat di surau Kg Muanad 3
* Jam 8.00 Am

Marilah bersama - sama berdoa dan memohon kepada maha Esa agar pelajar yang mengambil UPSR 2010 akan mendapat kejayaan .
*** 5 A PASTI BOLEH ****
Amin.

Wednesday, May 12, 2010

PEPERIKSAAN SEMESTER 1

* Pada 11-13 SKUM telah mengadakan pperiksaan bagi semester 1 dan di harap agar murid-murid telah bersedia dan di ucapkan SELAMAT MENJAWAB.

* Pada 15 mei 2010 , SKUM akan mengadakan gotong-royong perdana dan di harap agar guru-guru dan murid-murid dapat menghadirkan diri. ONE MALAYSIA

* Pada minggu terakhir persekolahan pula SKUM akan mengadakan majlis mendatangani buku rekod murid agar ibubapa dapat mengetahui keputusan anak-anak tersayang mereka.
DATANG JANGAN TAK DATANG.

Wednesday, April 28, 2010

Perjumpaan Pihak Sekolah Dengan Ibubapa

Berita Terkini

Baru- baru ini telah diadakan perjumpaan dengan ibubapa murid tahun 6 di Sk Ulu Muanad dan terdapat sebilangan ibubapa hadir namun ada juga segelintir ibubapa tidak menghadirkan diri terutamanya murid yang bermasalah yang selalu ponteng ke sekolah.

Monday, January 18, 2010

Banjir 2010



Satu lagi fenomena alam melanda Kg Ulu Muanad menyebabkan SK Ulu Muanad telah dilanda banjir.Antara yang teruk ialah 2 unit rumah guru kedalaman lebih kurang 9 kaki,kantin,pra sekolah,pondok siulan bayu,bangunan sekolah,bilik KH,Bilik Pemulihan,Tandas Murid dan Padang.Impak dari itu sekolah telah ditutup,murid-murid tidak dapat mengikuti P & P .Walau pun begitu semua guru SK Ulu Muanad tetap hadir ke sekolah seperti biasa untuk meninjau keadaan sekolah.
Kemungkinan besar,murid tidak dapat hadir ke sekolah sehingga keadaan pulih seperti biasa.Jalan ke sekolah pun putus terpaksa menggunakan perahu ini membahayakan murid kerana arus deras.Rombongan dari PPD yang diketuai oleh En Dalmansa telah datang melawat keadaan banjir tersebut.

Saturday, August 8, 2009

Selamat Datang

Kepada semua warga SKUM agar dapat mengunjungi laman blog sekolah ini.