Monday, January 18, 2010

Banjir 2010



Satu lagi fenomena alam melanda Kg Ulu Muanad menyebabkan SK Ulu Muanad telah dilanda banjir.Antara yang teruk ialah 2 unit rumah guru kedalaman lebih kurang 9 kaki,kantin,pra sekolah,pondok siulan bayu,bangunan sekolah,bilik KH,Bilik Pemulihan,Tandas Murid dan Padang.Impak dari itu sekolah telah ditutup,murid-murid tidak dapat mengikuti P & P .Walau pun begitu semua guru SK Ulu Muanad tetap hadir ke sekolah seperti biasa untuk meninjau keadaan sekolah.
Kemungkinan besar,murid tidak dapat hadir ke sekolah sehingga keadaan pulih seperti biasa.Jalan ke sekolah pun putus terpaksa menggunakan perahu ini membahayakan murid kerana arus deras.Rombongan dari PPD yang diketuai oleh En Dalmansa telah datang melawat keadaan banjir tersebut.